KENALI KAMI
Pusat Pendidikan dan Penjagaan Berteraskan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Wildan Bestari merupakan Islamic Playschool & Kindergarten yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah. Ia merupakan pusat pendidikan dan penjagaan yang berteraskan pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah seiring dengan matlamat pendidikan kami untuk melahirkan generasi pintar Al-Quran
Kurikulum Wildan Bestari dibahagikan kepada tiga iaitu kurikulum akademik (prasekolah), kurikulum diniah, kurikulum Al-Quran & As-Sunnah. Pendekatan kurikulum ini memberi impak pendidikan seimbang antara ilmu agama dan ilmu akademik.
Pembelajaran bagi program “playschool” untuk anak-anak 2 tahun sehingga 4 tahun adalah lebih fleksibel dan anjal di mana kami memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka sesuatu dengan sepenuhnya tanpa bergantung kepada jadual waktu dan peraturan tadika. Ini bagi mendedahkan anak-anak kepada persekitaran yang menyeronokkan.
Aktiviti menarik juga diterapkan dalam pembelajaran bagi menarik minat anak-anak untuk memberi maklum balas dan turut serta bersoal jawab dengan guru sewaktu pembelajaran berlangsung.
Di samping itu, Wildan Bestari juga memberi pendidikan awal yang tidak formal kepada anak-anak di bawah umur 4 tahun. Anak-anak diberi pendedahan dengan alunan zikir serta bacaan Al-Quran seawal usia sehingga berkebolehan menghafaz. Persekitaran yang diterapkan kepada anak-anak adalah dengan nilai-nilai murni berdasarkan ajaran Islam bermula dari waktu tiba di Wildan Bestari di waktu pagi sehingga waktu mengucapkan selamat tinggal kepada kami semasa pulang. Secara tidak langsung ia dapat memberi penekanan terhadap adab dan sahsiah anak-anak.
Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak yang diterapkan di Wildan Bestari yang berlandaskan Islam sangat membantu bagi membolehkan anak-anak menjadi insan berguna untuk Agama dan Negara serta sebagai saham akhirat bagi ibu dan bapa.